Salam semua.
Pengenalan
Tahun 2012 menyaksikan saya kehilangan hampir 60% kekuatan kakitangan saya. Sebahagiannya dipindahkan ke seksyen lain dan ada yang bersara.
Adalah satu kerugian bagi kerajaan kerana mereka yang bersara ini pergi membawa bersama pengalaman dan skil yang mereka pelajari ditapak. Kesilapan, ilmu, trick, keupayaan meramal, skill akan meninggalkan JKR bersama orang-orang tua ini.
Pegawai baru akan menggantikan mereka dan kesilapan yang sama akan dilakukan sehingga mereka menjadi mahir dan bersara. Putaran ini akan berterusan.
Skill pegawai JKR berkembang dengan kadar perlahan dan mungkin tidak langsung.
Saya tidak mahu menjadi sebahagian dari senarai nama pesara ini kelak.
Saya harap tulisan dan penemuan saya dan rakan-rakan dapat dikongsi bersama dan memberi manfaat.
Objektif
Dalam seksyen ini, kita akan membincangkan jenis-jenis kecacatan bangunan, implikasi, punca dan kaedah baikpulihnya.
Disepanjang analisis, kita akan dapat melihat hubungkait teori yang kita pelajari sewaktu di IPTA dulu dengan keadaan sebenar melalui pengalaman bertahun-tahun di tapak..
Analisis akan cuba dipersembahkan dalam bentuk paling ringkas untuk kita fahami. Ini melibatkan ulasan tentang kerosakan struktur melalui kefahaman kita pada asas-asas dalam kejuruteraan awam.
Kita akan dapat melihat kaitan sesuatu jenis kerosakan dari pandangan:
a) bidang hidrologi,
b) bidang kejuruteraan struktur,
c) bidang sifat dan teknologi bahan,
d) bidang mekanik tanah
e) bidang geologi
f) Kod dan etika
Sesetengah istilah dan methodologi kerja yang akan kita lalui dalam forum ini mungkin tidak pernah kita dengar tapi telah lama wujud dalam komuniti pembinaan diluar sana.
Don't just face life challenge, Enjoy it!!!!.......
Toman 20/2/2012 2:20pm
Dalam Pembikinan......