*****************************************************************************
Pengenalan.
*****************************************************************************
Sewaktu belajar di Universiti Teknologi Malaysia dahulu, saya hairan mengapa pada loga UTM tertera perkataan' Kerana Tuhan Untuk Manusia'. Hingga kini perkataan itu masih menjadi misteri kepada saya.
Seksyen ini kita akan cuba membincangkan tentang isu-isu semasa kehidupan berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis.
Di harapkan, melalui perjalanan perbincangan dan kajian Al-Quran ini, saya secara khususnya dan kita secara umumnya akan dapat memahami mengapa dikatakan ' Kerana Tuhan Untuk Manusia'.
**********************************************************************
3. Ramai anak dan Larangan berbin/bintikan pada Bapa Angkat
**********************************************************************
Alhamdulillah, pada usia 34 tahun dengan 7 tahun usia perkahwinan saya telah dikurniakan 5 cahaya mata. Insyaallah dalam 5 tahun lagi mungkin saya berkira-kira untuk mengambil seorang anak angkat perempuan jika ada rezeki. Menjadikan 6 cahaya mata.
Ramai rakan-rakan berkata anak yang ramai mendatangkan bebanan kewangan dan emosi. Ya memang betul. kalau kita lihat sesuatu dari segi negatif, negatiflah ia. Pisau yang kita guna untuk perkara berfaedah seperti memotong ikan pun akan jadi benda yang tidak baik kalau digunakan untuk kejahatan. Bergantung kepada anggapan, perancangan dan kesungguhan kita.
Dulu saya pun berfikiran negatif seperti diatas. Saya beranggapan tiada untungnya anak yang ramai. Mereka akan membesar, belajar, bekerja, berkahwin dan melupakan kita.
Melihat anak membesar, bermain, bergurau, melihat mereka berjaya dalam pelajaran dan sukan, melihat mereka membantu rakan yang susah, melihat kepintaran dan kelembapan dan bagaimana mereka berusaha membentuk personaliti adalah satu kenikmatan yang tidak dapat diukur dengan wang. Ianya tidak dijualpun dipasar minggu.
Saya menganggap anak yang ramai adalah kekayaan yang Allah kurniakan . Sesuai dengan firmanNya dalam surah Nuh Ayat 10,11,12: Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada tuhan kamu, sesungguhnya ia maha pengampun, (Sekiranya kamu berbuat demikian, ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu Dan ia akan memberi kepada kamu. dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak: dan ia akan mengandakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sunga-sungai (yang mengalir didalamnya)
Kita dahulu pernah diberitahu jika ayah kita pekebun, kita mesti jadi pekebun yang lebih baik. Ayah saya seorang pekerja rendah awam R3 diseksyen kejuruteraan MBKS, kini saya menjadi jurutera dan mengetuai sekyen kejuruteraan di JKR.
Ayah saya mempunyai 6 anak dan insyaallah walaupun saya tidak bercadang mengatasi bilangan 6, sekurangnya dalam 5 tahun lagi jumlah ini akan sama bila saya mengambil anak angkat.
Berbalik kepada isu anak angkat.
Terdapat diantara kita yang mengambil anak angkat, mungkin meng' bin/binti kan anak tersebut kepada nama kita. Itu sudah semestinya jelas salah.
Ada sesetengah pula menggabungkan nama anak angkat dengan nama kita tanpa meletakkan perkataan bin. Bagi saya ini pula adalah matlamat menghalalkan cara. Sebab tujuannya tetap sama agar tiada yang tahu anak tersebut adalah anak angkat untuk mengelakkan anak angkat tersebut mencari ibu-bapanya bila dewasa.
Islam tidak membenarkan anak angkat di binkan kepada anak angkat.
Firman Allah dalam Surah Al-Ahzaab ayat 5 bermaksud:
...dan ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu sebagai anak kamu sendiri.
dan ayat 5 bermaksud:
Panggillah anak-anak angkat kamu itu ber''bin''kan kepada bapa-bapa mereka sendiri.
Anak angkat pula tidak berhak mewarisi harta pusaka ayah angkatnya melainkan dengan kaedah lain.
Anak angkat jika di binkan kepada bapa angkat dalam keadaan anak angkat itu tidak tahu, ia akan menjadi wali kepada adik yang lain dan menjadikan pernikahan adik-beradik lain tidak sah.
Di zaman jahiliah dan zaman permulaan islam, anak angkat disifatkan sebagai anak sendiri.
Nabi sendiri mempunyai anak anak angkat bernama Zaid. Kaum musyik mekah pada masa itu mengelar Zaid Bin Muhammad. Maka turunlah ayat diatas untuk menegaskan larangkan berbinkan ayah angkat.
Ayah sebenar Zaid adalah Haarithah. Zaid adalah anak kecil tawanan perang yang dibeli oleh isteri Nabi Siti Khadijah dan dihadiahkannya kepada Nabi Muhammad.
Bekas isteri kepada anak angkat pula halal dijadikan isteri kepada bapa angkat. Seperti mana Nabi mengambil Zainab yang telah diceraikan oleh anak angkatnya Zaid sebagai isteri untuk membatalkan adat kebiasaan masyarakat jahiliah pada masa itu yang beranggapan perkara ini tidak boleh dilakukan.
Maka sebaiknya, anak angkat tadi haruslah dibin kan dengan nama bapa asalnya.
Oleh itu jika terdapat diantara kita meng-bin/binti-kan anak angkat dengan nama kita sendiri, fikir-fikirkanlah larangan Allah tadi.
Wassalam.
9/3/2012
********************************************************************************
2. Benarkah Ada Manusia Mati Hidup Semula?.
********************************************************************************
Bagi kebanyakkan kita, pasti beranggapan bahawa mana mungkin, dan mana pernah ada manusia mati dihidupkan semula.Tapi kita percaya bahawa semua kita akan dihidupkan semula di padang masyar kelak untuk penghakiman atas semua kebaikan dan kejahatan kita didunia. Samaada dalam jasad yang sama yang telah dimamah bumi atau sebaliknya, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Saya percaya memang pernah ada seorang manusia dibangkitkan dari matinya.
Firman Allah dalam Ayat 72 Surah Al-Baqarah: "Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
Firman Allah dalam Ayat 73 Surah Al-Baqarah: ''Maka Kami(Allah berfirman: ''pukulah simati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu''. (merekapun memukulnya dan ia kembali hidup'. Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya''.
Ayat ini mengisahkan pertelingkahan sesama umat Nabi Musa ketika itu iaitu kaum Yahudi tentang siapa yang patut disalahkan mengenai pembunuhan seorang hartawan. Hartawan ini telah dibunuh oleh sepupu-sepupunya kerana tamakkan harta bendanya. Mereka telah membawa mayat itu ke kampung lain dan kemudian menuduh penduduk kampung itu yang membunuhnya serta menuntut penebus nyawa. Akhirnya mereka meminta Nabi Musa berdoa kepada Allah supaya menunjukkan siapa pembunuh yang sebenar.
Allah pun memberi wahi kepada Nabi Musa supaya menyuruh mereka menyembelih seekor lembu betina, kemudian hendaklah dipukul mayat itu dengan sebahagian dari anggota lembu itu, nescaya simati akan hidup semula dan akan menerangkan siapa pembunuhnya. Inilah sebahagian mukjizat Nabi Isa dan Kekuasaan Allah.
Begitu juga pada zaman Nabi Isa juga pernah menghidupkan orang yang telah mati. Insyaalah jika saya ketemui cerita dan dalilnya, akan saya kongsi disini.
Jadi jika ada yang bertanya tentang adanya manusia mati hidup semula, katakan 'ya memang ada' dan ceritakanlah dalilnya....
Wassalam.......
************************************************************************
1. Tanah Hak Yahudi: Dalil dari Al-Quran .
************************************************************************
Ramai daripada kita beranggapan bahawa bangsa Yahudi merampas tanah Palestin dari orang Arab dan dijadikan Negara Israel.
Kita juga beranggapan Yahudi adalah bangsa tanpa negara. Bangsanya bertaburan diseluruh dunia.
Benarkan Yahudi asalnya mempunyai tanah negara nya sendiri.?
Firman Allah Surah Al-A’raaf ayat 173. “ Dan Kami wariskan kepada kaum(Bani Israel) yang telah tertindas itu akan daerah-daerah Timur bumi (palestin) dan daerah-daerah baratnya yang Kami telah melimpahkan berkat padanya. Dan telah sempurnalah Kalimah Allah (janjiNya) yang baik kepada kaum Bani Israel kerana kesabaran mereka (semasa mereka ditindas olehfiraun), dan kami telah hancurkan apa yang telah dibuat oleh firaun dan kaumnya dan apa yang mereka telah dirikan (dari bangunan-bangunan yang tinggi).
Yahudi dengan kebiadapannya telah banyak mengundang malapetaka kepada kaum Yahudi sendiri. Bermula dari penindahan oleh Firaun membunuh anak laki-laki kaum Yahudi hinggalah kepada penindasan kerajaan Roman yang dapat diperlihatkan buktinya melalui kemusnahan kuil Yahudi (Solomon Temple). Seterusnya oleh Adolf Hitler. dari Nazi Germany yang memperlihatkan 6 juta yahudi dibunuh dalam peristiwa Holocaust kebanyakkannya di kem tahanan gas (gas chamber concentration camp) sekitar tahun 1943 hingga penghujung perang dunia kedua pada tahun 1945.
Musibah-musibah besar keatas kaum Yahudi ini adalah dari sikap kaum ini sendiri sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al-A’raaf ayat 167 ‘Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya ia akan menghantar kepada Kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari Kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufurannya). Sesungguhnya tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya ia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Selepas Perang dunia kedua tahun 1945 dan tahun –tahun seterusnya berlaku penghijrahan besar-besaran bangsa Yahudi yang bertaburan diseluruh dunia kembali ke tanah yang kini digelar Negara Israel.
Sebahagian dari tanah Israel terus membesar melalui rampasan tanah Masyarakat Arab Palestin
Jadi jika ada yang bertanya milik Yahudi kah tanah Israel itu?, Apakah jawapan anda?