Bagaimana kerja-kerja tambahan boleh menyumbang kepada kelewatan projek? Sedangkan bagi setiap kerja tambahan, peruntukan masa tambahan juga akan diberi dalam bentuk Extension Of Time (EOT).
Saya pernah mengalami pengalaman dimana kerja-kerja tambahan bukan saja boleh melewatkan tempoh penyiapan, bahkan boleh menggagalkan sesuatu projek. Umumnya ini boleh terjadi dikalangan kontraktor bumiputera dengan kewangan yang tidak stabil.
Cronologinya adalah seperti berikut. Permohonan telah diterima untuk sesuatu kerja tambahan bagi sebuah sekolah. Kerja tambahan adalah melibatkan beberapa komponen kerja yang berlainan skop. Ambil contoh, membina walkway, membina gate dan membina jalan masuk.
Maka satu PTIVO pun dibuka bagi ketiga-tiga skop ini. Kelulusan pun diperolehi. Katakan berjumlah RM200k.
Kerja pun dimulakan dan 95% siap. Lagi 5% belum siap kerana kontraktor kehabisan modal. Oleh kerana 5% belum siap, penilaian untuk VO tidak dapat dibuat. Ini kerana semua komponen VO mesti siap sebelum penilaian tapak dapat dilakukan bagi mengira kos sebenar kerja VO.
Katakan bayaran interim kemajuan yang lalu telah dibuat, kontraktor menggunakannya semuanya untuk membiayai kerja VO tadi. Sekarang kontraktor mahu claim VO. Tapi juruteknik kita memberitahu VO belum siap tak boleh bayar. Nah, sekarang projek stuck!
Bagi kebanyakkan kontraktor bumiputera, projek akan berakhir sebagai projek sakit jika mereka gagal mencari sumber pembiayaan lain. 95% dari RM200k =RM190k bagi kontraktor bumiputera adalah satu jumlah besar cukup berpotensi mematikan langkah mereka.
Masalah seperti ini juga berlaku bilamana kerja siap, kontraktor pula lambat menghantar piling rekod, dan dokumen lain.
Bagaimana mencegahnya?
Penyelesaiannya saya rasa mudah. 1 PTIVO untuk 1 skop kerja. Kelewatan satu skop tidak akan memberi kesan kepada pembayaran skop yang lain. Sebagai contoh dalam kes diatas, 3 PTIVO patut dibuka. Jika jalan masuk belum siap, gate dan walway masih dapat dibayar dan sudah tentu bila menerima bayaran, baki kerja jalan masuk akan dapat disiapkan dan modal yang lebih dapat digunakan untuk menyiapkan keseluruhan projek.
Sekian....
20/2/2012 10.48am
1. Sub station Sesco.
Proses mendapat substation sesco adalah agak lama dan rumit. Masalah ini kerap berlaku bagi projek yang memerlukan jumlah elektrik yang besar dan dimana kaedah tapping dari kabel sedia ada tidak memadai kerana jumlah kapsiti voltan tidak mencukupi. Ini berpotensi menyumbang kepada black-out.
Terdapat 2 kaedah penyelesaian bagi masalah ini, iaitu kaedah sementara dan kaedah tetap.
dalam kaedah sementara, apabila bangunan siap, testing elektrik akan menggunakan generator atau taping dari kabel sedia ada. Testing tidak memerlukan voltan yang tinggi berbanding operasi sebenar. Penyerahan projek juga boleh diteruskan kepada client. bagaimanapun, bagunan tidak dapat beroperasi secara penuh dan mungkin terdedah pada black-out. Urusan pembinaan substation boleh diuruskan kemudian. Langkah ini sekurang-kurangnya dapat mengelakkan projek lambat di serah pada client. Client juga boleh pindah dan beroperasi pada tahap minimum sehinggalah sub station siap.
Langkah kedua ialah langkap tetap dimana proses pembinaan sub station dimulakan diperingkat awal projek lagi. Jika lewat, sekurang-kurangnya langkah 1 telah berjaya.Pengertian dan prosedur adalah seperti berikut;
- Sub Station SESCO adalah satu tapak berkeluasan 4mx5m dengan tambakan 150mm tinggi dari ketinggian tanah kelilingnya. Tambakan boleh menggunakan batu. Ianya berada diluar pagar dan dipagar secara berasingan, lengkap dengan jalan masuk yang mencukupi untuk kenderaan sesco.
- Sub station mesti di sub-lease kepada SESCO bagi minima tempoh 60 tahun. Sebarang lanjutan hendaklah mendapat kelulusan dari jabatan Land & survey.
- Memorandum Of sub-leased mesti dihantar kepada tuan/jabatan milik tanah untuk simpanan.
- Urusan bagi hal ini boleh dirujuk di tingkat 8 Wisma sesco Legal office.
- Letter of undertaking dari Tuan/Jabatan milik tanah mesti di kemukakan kepada sesco untuk membenarkan sesco membina sub station berkenaan.
- Approved survey plan dalam bentuk hard copy dan sub copy dari L&S juga perlu dihantar ke SESCO.
- Penandaan peg bagi sub station hendaklah dibuat oleh Tuan/jabatan milik tanah atau kontraktor atau JKR. Sesco hendaklah dimaklumkan samada tapak yang ditanda sesuai atau tidak.
- VO mungkin diperlukan bagi pembinaan tapak sub-station ini.
- Jika semuanya sedia, maklumkan kepada pihak sesco untuk anggaran sambungan (connection charge ) dibuat.