Assalammualaikum
***********************************************************************
Pengenalan
***********************************************************************
Tahun 2000 saya telah ditawarkan jawatan sebagai Pembantu Teknik di Jabatan Kerja Raya Sarawak.
Pada masa yang sama juga saya ditawarkan untuk menyambung pengajian ke peingkat Ijazah di Universiti Teknologi Malaysia.
Saya telah mengambil keputusan untuk meyambung pengajian dan alhamdulillah, pada Desember 2003 saya kembali ditawarkan untuk menyertai JKR Sarawak dan saya menerimanya.
***************************************************************************
1. Pemimpim Baru: Langgar Tembok, Tembok Tembus.
***************************************************************************
Sewaktu mula menyertai perkhidmatan awam dan menjalankan tugas sebagai ketua seksyen Unit Penyelenggaraan Jalan, saya agak kekok dan takut. Mampukah saya menjalankan tugas dalam memimpin kakitangan dan dalam membuat keputusan.
Saya jalankan tugas saya. Tegas, strick, lurus, langgar tembok pun tembus.
Saya ada ramai musuh dan mereka yang tidak puas hati terhadap saya meningkat dari dalam dan luar JKR. Matlamat saya ketika itu, kerja mesti mencapai objektifnya pada kos paling minimum atau sekurang-kurangnya pada tahap optimum.
Istilah timbang rasa belum saya kenali lagi. Berbagai langkah kearah pencapaian objektif itu saya lakukan. Saya potong overtime kakitangan, tuntutan perjalanan, tuntutan kontraktor dan sebagainya.
Saya inginkan pisang yang saya tanam berbuah. Tapi saya biarkan cangkul dan parang saya tidak diasah.
Perkara ini berlanjutan hinggalah saya bertemu dengan seorang hamba Allah. Sikapnya lebih teruk dari saya. Dia potong overtime/tuntutan lain lagi banyak. Surat tunjuk sebab kepada staf mainan biasa baginya. Pantang salah sedikit, memang kena. Pergaulan dengan kakitangan memang dihadkan. Dia memang bos yang ditakuti!
Bahkan sesetengah dari kita juga adalah bos yang ditakuti. Kita beranggapan melalui langkah seperti ini, kita adalah hero, pegawai paling efficient, cekap dan terbaik.
Di penghujungnya kita menerima surat layang, aduan, komplaint, umpatan dan sungutan tidak puas hati kakitangan dan orang luar. Nasib tidak bagus, kena transfer lagi jauh. Belum lagi sumpah seranah yang menyekat rezeki kita.
Bila mengambilalih tempatnya, saya mula duduk bersama kakitangan dan mula mendengar cerita. Cerita tentang masalah kewangan, anak sekolah tiada duit kerana overtime/tuntutan disekat. Pinjaman along dan bank yang memuncak, barang rumah kena tarik. Kerja tambahan diluar terpaksa dibuat dan kesannya tumpuan pada objektif jabatan terabai.
Kontraktor pula mengadu hampir gulung tikar dan pudar keyakinan diri dalam meneruskan perniagaan. Saya mula berfikir dan bertanya adakah ini legacy akan akan aku tinggalkan?
Terlalu banyak kesengsaraan yang saya buat dari keputusan yang salah kerana gagal memahami sesuatu permasalahan diperingkat asasnya.
Keputusan yang saya buat adalah keputusan menghukum, bukannya keputusan mendidik.
Disitu saya mula mencari maksud kepimpinan.
Mencari apakah KESEIMBANGAN dalam mengejar objektif Jabatan dimasa yang sama meneguhkan kekuatan ahli kumpulan .
Mencari apakah sumpahan dalam menjadi seorang ketua dan kerosakan yang terhasil darinya kerana gagal memahami perkara asas dalam hal yang diputuskan.
Sampai di satu peringkat saya menyedari bahawa untuk memahami KESEIMBANGAN ini dengan lebih cepat, saya memerlukan team work.
Maka blog ini mungkin jalannya.....
Diharap manfaatnya akan dapat dikongsi bersama.
Sekian.